Buku ini ditulis berdasarkan format soalan terkini. Buku ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A – menulis maklumat daripada gambar-gambar, gambar rajah dan lain-lain. Bahagian B – membuat ulasan berdasarkan penyataan, iklan dan lain-lain. Bahagian C – menulis karangan. Penerbitan buku ini adalah untuk memberi kemahiran bahasa yang secukupnya kepada murid-murid dengan bahan-bahan yang akan digunakan dalam kertas ujian. Dengan ini, dapatlah para murid menambahkan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjawab soalan peperiksaan.