Buku ini ditulis untuk membantu pelajar Tahap 2 untuk menulis ayat dan karangan panjang dengan lebih mantap dan efektif. Contoh soalan berdasarkan topik dan isu-isu terkini yang biasa ditanya dalam peperiksaan disertai di dalam buku ini. Pelajar boleh meluaskan ilmu pengetahuan am mereka dengan pembacaan model jawapan ini. Penjanaan idea mereka juga akan meningkat kerana kandungan isi karangan contoh boleh dijadikan inspirasi untuk mennghasilkan karangan yang lebih komprehensif dan berkualiti. Ini tentu akan membantu pelajar untuk menguasai Bahasa Malaysia dalam hidup mereka.