Buku ini mengandungi 30 contoh karangan yang berasaskan topik-topik kertas Bahasa Malaysia SPM tahun-tahun lalu yang ditulis untuk membantu pelajar menulis karangan yang lebih komprehensif dalam peperiksaan SPM mereka.
Contoh-contoh karangan ini dapat digunakan sebagai rujukan kelas ataupun untuk pembelajaran sendiri. Tahap karangan-karangan tersebut sesuai untuk pelajar Tingkatan 4 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan SPM.