Buku pertama dalam siri BM Dinamik PT3 ini merupakan latihan pengukuhan dan pengayaan untuk pelajar-pelajar Tingkatan Tiga yang akan menduduki peperiksaan PT3. Kandungan buku ini mengikut keperluan format soalan PT3 iaitu:
‘Bahagian A - Sistem Bahasa’. Bahagian ini merangkumi aspek-aspek Tatabahasa, Ejaan, Sintaksis & Peribahasa. Buku ini sangat berguna untuk pelajar-pelajar Tingkatan Tiga untuk membiasakan diri dengan bahan-bahan pelajaran dan format peperiksaan. Buku ini berguna juga kepada pelajar-pelajar Tingkatan Dua dan Satu untuk memperoleh asas yang kukuh sebagai persediaan menghadapi PT3.
Penerbitan buku ini disusuli Buku BM Dinamik PT3 Buku 2 yang merangkumi Pemindahan Maklumat dan Penulisan Karangan.