Simpulan Bahasa sudah digunakan oleh masyarakat Melayu selama beratus-ratus tahun untuk memberi teladan dan tunjuk ajar kepada kalangan orang muda. Buku ini diterbit untuk memelihara budaya ini serta membantu murid mempraktikkan pengetahuan tersebut dalam hidup.
Buku ini mengandungi 600 simpulan bahasa bersama dengan maksudnya serta ilustrasi menarik untuk membantu pelajar mengingati maksud setiap simpulan bahasa dalam jangka masa yang singkat. Buku ini sesuai untuk pelajar sekolah rendah dan juga sekolah menengah rendah.